Friday, January 21, 2011

Tentang Cinta

"Cinta itu... banyak pengertian....
tapi aku cinta adalah..kawan sejati
Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu. Setiap yang kita lakukan mestilah jujur, kerana kejujuran itu sangat penting dalam sebuah kehidupan. tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerena paras rupanya, sebab keelokkan paras rupa dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah.
Tertarik la pada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerena hanya senyum dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah ibarat kata orang setiap bunga mawar pasti ada durinya. dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dn kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit mangga pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya..
dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian dari kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, trima la kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiaan kan kamu. tetapi, apabila ada yang datang, jangan biarkan ia pergi dan jika esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali..."