Tuesday, June 22, 2010

PeRaSAaN CinTa sEorAng inSaN


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...
Sebenarnya saya bukan la seorang yang arif atau pakar tentang cinta atau perasaan hati ini, tp saya ingin meluahkan pandangan dan pendapat tentang cinta. yang ingin di bicarakan disini adalah cinta sesama manusia yang digelar segai kekasih@couple..

Orang selalu mengagungkan cinta terutama mereka yang sedang di lamun cinta dan hanyut dibuai perasaan itu. Mereka memberi penafsiran yang macam-macam tentang cinta sehingga kadang-kadang mengatasi cinta kepada keluarga, agama, Nabi dan lbh teruk lagi mengatasi cinta pdNYA..

antara yang sering dikata dan digambarkn tentang perasaan ini adalah cinta boleh merubah segala-segalanya. Cinta boleh jadikan jadikan yang sakit jadi sihat, yang lapar jadi kenyang, yang sibuk jadi lapang, yang rebah jadi bangun, yang pendiam jadi ceria, sedih jadi ketawa dan macam-macam lg seolah-olah rasa cinta itu segala-galanya dan moderator pada kita. semua yang dgambarkn adlah yg terbaik tanpa ada kekurangan pun.. kerana gambaran yang sebegitu rupa, ramai yang ingin mengejar,memiliki dan merasainya.

Tapi sedarkah kita yang hakikat cinta yang lain?kebolehan dan kemampuan peraan tersebut untuk mengubah kita? tahu kah kita selain dari ape yang saya luahkn sblum ni masih ada yang perlu kita ambik tahu dan berhati-hati.

Hakikat yang tidak boleh kita abaikan dan perlu di ambik serius adalah kesan nya pada cinta kita pada ALLAH.Rasul dan keluarga kita. Cinta bolah merubah kita semua. dari selalu mengingatiNYA kpd mengingati dia(couple kita), niat kernNYA kpd kerana dia, ksh kepadaNYA menjadi untuk dia, beribadah kpdNYA menjadi untuk dia.. Cinta blh melalaikan kita andainya cinta sesama kita menjadi lebih agung dr cinta kpdNYA.

Jika kita sayang pada cinta kita, kenapa abaikn cinta padaNYA. jika kita menyintai seseorg, pasti kan cinta kita pada DIA yg ESA lbh tnggi&kuat dr pasangan kita. Jika kita sayang&cinta pada seseorg, bersyukur la dengan mengganda kn ingatan kita pada DIA yg ESA dan bukan pasangan kita. Tidak takutkah kita semua bahawa bila hati kita makin lupa pd DIA yg Agung, DIA akan menarik balik nikmat t'sebut kerana ALLAH maha berkuasa atas segala-galanya. Bila DIA menariknya,bermakna ALLAH akan membawa org yang kita sayang&cinta itu jauh dari kita dan kita akan kehilangan nya kerana ALLAH mahu kita mengingati DIA kembali...

Jadi,andai kata kita mencintai&menyayangi seseorang, pasti kn ianya tidak melebihi sayang dan cinta nya kita pada ALLAH S.W.T yang maha mulia dan agung...

segala silap dan salah minta di maaf kan.sesungguh diri ini hanya insan yang lemah dan tidak tahu ape-ape melainkan ape yang di ilhamkan olehNYA... Tidak diciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat kepadaNYA...

wassalamualaikum....

No comments:

Post a Comment