Monday, June 14, 2010

Salam Ukhwah Untuk Semua

Assalamualaikum wahai hamba-hamba ALLAH sekalian. Setelah sekian lama tidak membuka laman blog ni,alhamdulillah diri ini yang penuh kedaifan masih lagi di beri keizinan untuk membuka kembali. Syukur alhamdulillah terhadap DIA yg ESA. Tiada ape yang boleh ku bicara kan dgn ilmu dan pengetahuan yang sedikit ini tp insyallah yang sikit itu lah boleh membawa pada kebaikan dan berkembang menjadi luas selagi mana ilmu yang kita ada berlandaskan al-quran,al-sunnah dan pandangan-pandangan orang yang berkelayakan.
Banyak nya ilmu kita pun tidak berguna juga jika ianya tidak di guna kn dan mendapat berkat dari ALLAH S.W.T. Apa yang penting ialah kualiti ilmu itu bukan kuantitinya. sesungguhnya ilmu yang kita ada ini hnya setitik je (malahan pasti kurang) jika dibandingkan dengan air laut. Itu lah perbandingan ilmu yang kita miliki dengan ilmu ALLAH yang maha luas. Kekuatan sesuatu kaum atau umat itu bergantung kepada ilmu yang dimiliki mereka. Bagi umat Islam, selain daripada ilmu,yang lebih-lebih penting adalah iman. Tetapi keimanan seseorang itu tidak akan menjadi kekuatan untuk kita jika diri kita tidak berilmu. Untuk memiliki keimanan yang kuat kita perlu memiliki ilmu tentang ALLAH, Al-Quran, Sirah, dan segala yang berkaitan. Dari ilmu-ilmu ini lah kita akan membina akidah yang kuat dan teguh yand mana menjadi asas kepada seorang mukmin. Bila akidah kita padaNYA betul dan menepati prinsip-prinsip islam maka kita akan mempunyai kekuatan melakukan amalan-amalan yang berlandasankan syariat Islam. Tiada guna jika kita bersusah payah melakukan pelbagai amalan sedangkan akidah kita tidak betuk. Amalan itu dinilai berdasarkan kualitinya bukan kuantiti. Apa yang dibimbangi adalah bila tiba hari pennghisaban, amalan kita hilang seperti debu-debu yang ditiup angin. Nauzubillah...
Akhlak pula terbina dari amalan kita. Andai amalan kita buruk,maka buruk la akhlak kita. Sebab itu dalam al-Quran di nyatakan bahawa solat itu mencedah dari perkara mungkar. Andai kata kita masih melakukan perkara-perkara yang di larang,maka periksalah solat kita.Adakah sudah menepati garis panduan Islam dan ajaran baginda s.a.w atau tidak..
Perkaitan antara akidah, amalan dan akhlak adalah seperti sepohon pokok. Akidah sebagai akarnya, amalan sebagai dahannya dan akhlak sebagai buahnya. Bila kuat dan baik akarnya,maka pokok itu akan memiliki batang yang kuat dan teguh. Daripada akar dan batang yang baik itu lah maka wujud lah buah-buah yang berkualiti dan bernilai. Itu lah perumpamaan dengan diri kita.Daripa akidah yang kukuh dan baik,maka wujud lah amalan yang berkualiti. Amalan-amalan itu pula akan memwujudkan satu akhlak yang mulia dalam diri kita..
Wallahualam..
Adai kata tersilap kata dan bicara minta di tegur.sesungguhnya diri ini hanya insan yang tidak tau ape-ape melainkan apa yang telah ada...
assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment